Please place your order here... Happy shopping!!

Name:
Address:
Phone Number:
Email Address:
Type of product Cloth Diapers
Others - Little Hanis Collection
Your Order & Quantity
Payment Via
Postage

Click here to create your own form.

Nak shopping barangan baby.. click sini..

Sunday, April 11, 2010

MENGAPA PERLU BERTUKAR KE LAMPIN KAIN MODEN (CLOTH DIAPER)

Jangan terperanjat. Saya juga pada mulanya seperti anda. Mengapa perlu bertukar semula ke lampin kain sedangkan lampin pakai buang banyak terdapat di pasaran dan sangat mudah digunakan?

Tetapi, setelah menggunakan lampin pakai buang selama bertahun-tahun , setelah saya “membuang wang” dan “membuang segala kebaikan” lampin kain, saya berpeluang menggunakan lampin kain moden (CD) pada anak saya yang ketujuh dan kini hanya mampu mengatakan “kalaulah masa boleh berputar kembali dan lampin moden ini wujud, kesemua anak saya yang lain tidak perlu memakai lampin pakai buang”.

Fikirkanlah, adakah anda rela memakai pakaian yang dibuat dari kertas dan plastik sedangkan anda mempunyai pilihan memakai pakaian dari kain yang cantik, selesa dan tahan lasak? Sekiranya anda memilih untuk memakai kain, mengapa tidak anak kesayangan anda? Berfikir dan bertindak bijaklah mulai sekarang dengan memilki lampin kain moden yang sangat mudah digunakan, selamat dan sangat menjimatkan.

Terdapat banyak kebaikan menggunakan lampin kain, di antaranya ialah:

1. Dari Segi Kesihatan Dan Pencemaran Alam Sekitar

a) Lampin pakai buang mengandungi bahan kimia sintetik di dalamnya iaitu dioxin yang terhasil dari proses pelunturan kertas bagi mendapatkan kertas yang nampak putih dan bersih. Bahan ini merupakan toksin bersifat karsinogen yang boleh menyebabkan kanser.

b) Lampin pakai buang juga mengandungi sodium polyacrylate yang berfungi menyerap cecair dan akan bertukar menjadi gel apabila basah. Ia boleh menyebabkan kulit bayi menjadi merah dan ruam. Dalam kes alahan kronik, ia boleh menyebabkan muntah-muntah, deman serta jangkitan kuman. Bahan ini tidak lagi digunakan dalam tampon wanita. Kajian perubatan mendapati kes ruam lampin meningkat selari dengan peningkatan pemakaian lampin pakai buang. Ini disebabkan oleh bakteria yang bertindakbalas dengan ammonia di dalam air kencing, alahan, kepanasan dan kekurangan pengudaraan akibat pemakaian lampin pakai buang yang terlalu lama.

c) Lampin pakai buang juga mengandungi tributyl tin (TBT) iaitu bahan pencemaran alam yang sangat bertoksik. Ia boleh menganggu sistem hormon dan imunisasi badan. d) Lampin pakai buang juga dikaitkan dengan asma (lelah). Satu kajian yang dijalankan di Jerman pada tahun 2000 telah mendapati bahawa lampin pakai buang menaikkan suhu sekitar skrotum dan boleh menjadi punca rosaknya mekanisma penyejukan yang semulajadi. Ia boleh memberi kesan kepada kesuburan pada masa akan datang.

d) Lampin pakai buang juga merosakkan dan mencemarkan alam sekitar. Lampin pakai buang menggunakan banyak bahan mentah bagi menghasilkannya, termasuk pokok yang menghasilkan kertas serta bahan kimia bagi menghasilkan plastik. Lebih dari 27 juta lampin pakai buang sampai ke tempat longgokan sampah di serata dunia. Sehelai lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput dengan sendirinya. Di rumah yang mempunyai anak kecil, lampin pakai buang menyumbang 50% dari keseluruhan sampah yang dikeluarkan dari rumah itu. Lampin pakai buang akan mencemarkan air dan menyebabkan penyakit apabila terkumpul dengan banyaknya di tempat longgokan sampah.

2. Dari Segi Kos

Penggunaan lampin pakai buang merupakan kos berterusan dan sangat mahal, lebih-lebih lagi bagi keluarga yang mempunyai lebih dari seorang anak kecil yang memakai lampin.

(a)Penjimatan kos dengan menggunakan lampin kain dapat dilihat dalam perbandingan di bawah:

Jika menggunakan lampin pakai buang: Anak anda menggunakan minimum 6 lampin pakai-buang sehari pada kos RM0.50 setiap satu. RM0.50 sekeping X 6=RM3.00 sehari RM3.00 X 365 hari=RM1095 setahun RM1095 X 3 tahun = RM3285 untuk seorang anak Anda perlu mengeluarkan jumlah wang yang sama untuk anak yang kedua, ketiga dan seterusnya……..( kalau 7 anak seperti saya???) Jika menggunakan lampin kain/cloth diaper (CD) Anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya 12 helai CD jika anda bekerja dan mencucinya setiap hari. (bagi surirumah sepenuh masa atau yang mempunyai pembantu rumah, bilangan minimum yang diperlukan adalah kurang dari 10 helai kerana boleh terus dibasuh apabila menggantikannya). Untuk keselesaan, anda boleh membeli lebih insert secara berasingan. Sehelai CD (termasuk insert) = RM45 Beli 12 helai: 12 X RM 45 =RM540 Beli 20 helai:(lebih banyak CD , lebih tahan lama kerana lambat lusuh) 20 X RM45 = RM900 sahaja !!! Kos lampin kain kekal . Anda boleh menggunakan lagi lampin yang sama jika anda menambah bilangan ahli keluarga.

(b) Bayi akan cepat belajar membuang air di tandas.

Bayi yang menggunakan lampin kain juga akan lebih cepat membezakan antara basah dan kering kerana walau pun bahagian dalam lampin kain (fleece) ini sentiasa kering dan selesa, masih ada kedinginan semulajadi berbanding lampin pakai buang. Menurut satu artikel di dalam Wall Street Journal, bayi yang memakai lampin pakai buang memakai lampin sehingga umur 36 hingga 42 bulan, sedangkan bayi yang memakai lampin kain masanya lebih singkat iaitu sehingga setahun lebih awal. Ini sangat menjimatkan kerana anak anda akan cepat belajar membuang air sendiri di tandas. (earlier potty training)

3. Dari Segi Keselesaan dan Kecantikan

Lampin kain zaman moden ini juga ternyata lebih cantik dipandang kerana ia datang dalam pelbagai rekaan, warna dan corak. Fitting dan cuttingnya juga lebih cantik dan kemas serta selesa dipakai berbanding lampin pakai buang. Cara pemakaiannya juga sangat mudah, sama seperti lampin pakai buang. Ia sangat mudah dibasuh dan mudah kering kerana ia di perbuat dari kain yang ringan, lembut, selesa dan mempunyai pengudaraan yang baik untuk kulit si kecil anda.

(Sumber dari Blog Mum7kid.blogspot.com)

Berapa yang perlu ada?

Terpulang kepada anda. Sebagai permulaan, anda boleh cuba 1, 2 atau 3 dan boleh tambah sedikit demi sedikit. Jika anda mahu berCD  (sbg permulaan), anda perlu ada sekurang-kurangnya 8 CD (supaya sempat basuh untuk dipakai semula). Lebih baik ada 10-12 CD dan ada yg menyarankan 15 hingga 20 CD (lagi banyak yg anda ada, lagi panjang jangka hayat setiap CD)... dan anda juga boleh basuh 2-3 hari sekali!! Biasanya seorang bayi/ kanak-kanak memakai 5-7 keping CD dalam sehari (sama seperti lampin pakai buang yg sepatutnya perlu ditukar 3-4 jam sekali).

No comments:

Post a Comment