Please place your order here... Happy shopping!!

Name:
Address:
Phone Number:
Email Address:
Type of product Cloth Diapers
Others - Little Hanis Collection
Your Order & Quantity
Payment Via
Postage

Click here to create your own form.

Nak shopping barangan baby.. click sini..

Friday, April 30, 2010

WET BAG (Minky Fabrik)

Mari2 beli.. Wet beg untuk CD anda..


Stok terhad..

Moo Moo Cow - 4 pcs available
Giraffe - 3 pcs available

* Sebarang pembelian mana-mana package promosi di Little Hanis Corner layak mendapat 10% diskaun utk Minky Wet Bag.. cepat..cepat dapatkan satu sekaranng..

Thursday, April 29, 2010

Sunny Baby Minky CD

Terbaru di Little Hanis Corner, Sunny Baby Minky CD - RM 33 sahaja

Promosi!!!..Promosi!!!!

Pakej percubaan 3 (2 CDs)

1 SET QQ Baby Snazzy Minky ( SNAP BUTTON )CD’s (1CD+2 insert)

1 SET Sunny Baby Minky ( VELCRO ) CD’s (1CD+2 insert)

pada harga RM 65 + RM 6 (Poslaju) = RM71.00 sahaja


Ciri - Ciri : 
  • Outer Cover : material laminated MINKY : sejuk, lembut dan selesa.
  • Diaper cover : mempunyai pocket untuk dimasukkan insert.
  • Inner layer : material Microfleece / suede.Baby akan sentiasa rasa kering dan mudah dibersihkan
  • Insert : 3 layer. Daya serapan sehingga 4-5 jam.
  • Saiz. 
    • Saiz bole laras dari S - M -L (menggunakan butang katup)
    • Sesuai dr umur 3 - 15 kg (saiz agak besar dr yg lain n baby tight yg kemas n selesa)

Mungkin ada yang tertanya-tanya apa beza Sunny Baby Minky & QQBaby Minky CD?

- Sunny Baby Minky CD ni basicly sama sahaja dgn QQbaby minky. Material yang digunakan juga sama iaitu cover dari laminated minky dan inner microsuede.

- Bezanya pada "brand". QQbaby ada 9 corak, Sunny Baby (snap button) pula ada 8 corak dan 7 corak untuk velcro.

- QQBaby belum ada lagi jenis velcro(hanya snap button sahaja buat masa ni), khas untuk ibu2 yang suka jenis velcro (baby berbadan kecik lebih senang menggunakan velcro - dari segi kekemasan )bolehlah cuba Sunny Baby Minky CD ni..

Wednesday, April 28, 2010

QQ Baby Snazzy Minky.. Jom order sekarang dan dapatkan hadiah percuma..


Tuesday, April 27, 2010

Promosi Cloth Diaper ( Coolababy & Babyland )


Cloth diapers (CD’s) ~ Lampin kain jimat dan selamat untuk bayi anda

Coolababy poket Snap button, Coolababy poket velcro, dan Babyland pocket Snap button.

Ready stock cloth diapers

COOLABABY ( SNAP BUTTON )CD’s


COOLABABY ( VELCRO )CD’s

 BABYLAND ( SNAP BUTTON ) CD’s

1 SET COOLABABY ( SNAP BUTTON )CD’s (1CD+2 insert)=RM 29

1 SET COOLABABY ( VELCRO ) CD’s (1CD+2 insert)=RM 31

1 SET BABYLAND ( SNAP BUTTON ) CD’s (1CD+2 insert)=RM 27


Pakej percubaan 1 (2 CDs)

1 SET COOLABABY ( SNAP BUTTON )CD’s (1CD+2 insert)

1 SET COOLABABY ( VELCRO ) CD’s (1CD+2 insert)

pada harga RM 58 + RM 6 (Poslaju) = RM64.00 sahaja

 

Pakej percubaan 2 (3 CDs)

1 SET COOLABABY ( SNAP BUTTON )CD’s (1CD+2 insert)

1 SET COOLABABY ( VELCRO ) CD’s (1CD+2 insert)

1 SET BABYLAND ( SNAP BUTTON )CD’s (1CD+2 insert)

pada harga RM 85 + RM 6 (Poslaju) = RM 91.00 sahaja


Bagi memudahkan urusan, ketika membuat tempahan @ pertanyaan, sila sertakan :-
  1. Nama anda
  2. Lokasi anda
  3. Contact no.
  4. Item details
  5. Preferred Bank utk anda membuat bayaran (Maybank, CIMB @ Bank Islam)

    Monday, April 26, 2010

    Promosi Laundry Net

    Bagi ibu2 yang menggunakan washing machine untuk mencuci CD, disarankan agar menggunakan laundry net / washing bag untuk menjaga jahitan CD dan bahagian getah CD agar tahan lebih lama..
    di Little Hanis Corner kami ada menjual laundry net untuk tujuan tersebut.. Jangan risau harganya murah sahaja.. mari kita tengok yang mana berkenan..



    Saturday, April 24, 2010

    QQ Baby Snazzy Minky

    Cepat..cepat.. produk terkini di little hanis corner..

    QQ Baby Snazzy Minky - hanya RM 35 RM33 sahaja




    Review produk :


    QQ Baby merupakan Lampin Kain Moden yang mempunyai pelbagai gaya, saiz dan warna yang menarik, selesa, memberi ruang nafas kepada si manja dan sangat efektif menghalang kebocoran untuk si manja anda.


    QQBaby Cloth Diaper mempunyai daya serapan yang sangat baik, mudah dikendalikan, cepat kering dan sudah tentulah sangat berbaloi-baloi memilikinya.


    Pocket pants QQBaby sangat mudah diuruskan, sesuai dikendalikan oleh pengasuh si manja anda, malah datuk dan neneknya juga akan sangat berpuas hati dengan cara penggunaannya dan pengendaliannya.


    Rekaan yang unik 3X3 snap button, mudah dilaraskan mengikut badan si manja anda dari 3-13kg. Mudah dilaraskan di bahagian pinggang dan kaki. Daya serapan yang super duper best dengan 3 layer insert dan inner suede. Bahagian dalam (micro suede) yang lembut membuatkan si manja anda rasa selesa. Bahagian luarnya pula ialah dari jenis minky. Produk ini boleh dibasuh, mudah dilaraskan dan sudah tentulah sangat ekonomi.(jimat..jimat..jimat..)

    Apa bendanya minky tu?

    Minky (ataupun minkee) adalah sejenis fabrik yg begitu cantik dan lembut seperti baldu. Sejenis fabrik yg sejuk, amat sesuai dan selesa untuk bayi (sbg selimut ataupun lampin!). Fabrik minky ini begitu eksklusif dan mewah, harganya juga begitu mahal sblm ini. Sudah banyak digunakan dan famous di luar negara... Ada yg dijadikan cadar, selimut/ baby blanket, baby bedding set, alas tempat duduk/ kusyen, sesetengah pakaian dll... ) - credit tu kak long nuzula (happy cloth diaper)

    Thursday, April 22, 2010

    Perbandingan CD dan DD



    TANGGAPAN SALAH MENGENAI CD

    MAHAL: Rujuk gambar dibawah. Anda akan nampak perbezaannya.



    LECEH : jika anda beli jenis VELCRO, saya tak nampak bezanya dengan DD.

    SUSAH NAK BASUH : Cume bilas dengan air untuk hilangkan pee @ poo-poo, kemudian masukkan washing machine atau sental/ gosok menggunakan tangan.

    BOCOR : Jika CD dipakai dengan betul. Mesti  tak bocor. Mesti ade sebab CD bocor. Boleh rujuk dlm blog saya kenapa CD bocor.

    BULKY : tak la besar sgt. Sbb Insert pon bukan tebal sangat.

    BERBAU. Kalo bilas/ basuh bersih-bersih, mesti tiada bau.

    KOTOR : DD pon kotor jugakkan.. Siap memenuhkan tong sampah lagi.

    KESAN KUNING NAJIS : Fleece/Suede pada inner layer memang di reka untuk mudah menanggalkan najis. Jadi bila sudah dijemur MATAHARI, kesan kuning akan hilang.

    TIMING . Tiada beza dengan DD. If baby awak heavy wetter, mmang kne tukar cepat. Same goes with DD.

    TIDAK MENARIK : CD ini didatangkan 2 jenis. Plain dan Printed (corak). Plain terdiri drpd pelbagai warna terang dan lembut. Printed pula pelbagai corak. Yang lebih menarik jenis Minky kerana kainnya lembut seperti baldu.



    MEMBAZIR AIR DAN SABUN : Memang DD pakai buang, xperlu basuh. Tetapi untuk membasuh CD, syarat wajib adalah air banyak dan sabun sedikit. Sabun yang diguna seelok-eloknya sabun yang murah. Kosnya pasti tidak melebihi kos membeli DD sepanjang tahun.

    Monday, April 12, 2010

    Kenali Cloth Diaper

    1. CD - Cloth Diaper / Lampin Kain

    2. Pocket Diaper - Lampin kain yang mempunyai poket untuk memasukkan insert/soaker mengikut keperluan bayi.

    3. Insert/Soaker- Penyerap kebasahan yang diperbuat kebiasaannya daripada fabrik microfibre, boleh juga diperbuat daripada kain lampin yang dilipat2.

    4. Microfibre-Material tuala yang tebal, biasanya digunakan sebagai insert atau soaker untuk menyerap kebasahan.Diperbuat daripada 75% polyester 25% polyamide,. Ia memerangkap kelembapan diantara fiber dan menyerap 8x ganda drpd beratnya. Ringan dan Nipis, Microfiber kering dengan mudah dan mendapat lebih serapan dengan penggunaan kerap. Elakkan menggunakan microfiber secara terus dgn kulit bayi kerana ia akan mengeringkan kulit bayi.

    5. Micro Fleece- Sejenis fabrik yang tebal, gebu dan lembut seperti bulu biri-biri. biasanya digunakan sebagai lapisan poket, di antara kulit bayi dan 'insert/soaker'. Fabrik ini membuatkan bayi rasa selesa dan kering.

    6. PUL- Fabrik yang digunakan sebagai lapisan paling luar, kalis air untuk mengelak kebasahan.

    7. One size (FS) - Saiz boleh diubah dari size S/M/L dengan menggunakan snapbutton yang disediakan. boleh dipakai bayi baru lahir(3kg) hingga 3thn (13kg).

    (credit to kak long nuzula - http://happy-clothdiapering.blogspot.com)

    Sunday, April 11, 2010

    MENGAPA PERLU BERTUKAR KE LAMPIN KAIN MODEN (CLOTH DIAPER)

    Jangan terperanjat. Saya juga pada mulanya seperti anda. Mengapa perlu bertukar semula ke lampin kain sedangkan lampin pakai buang banyak terdapat di pasaran dan sangat mudah digunakan?

    Tetapi, setelah menggunakan lampin pakai buang selama bertahun-tahun , setelah saya “membuang wang” dan “membuang segala kebaikan” lampin kain, saya berpeluang menggunakan lampin kain moden (CD) pada anak saya yang ketujuh dan kini hanya mampu mengatakan “kalaulah masa boleh berputar kembali dan lampin moden ini wujud, kesemua anak saya yang lain tidak perlu memakai lampin pakai buang”.

    Fikirkanlah, adakah anda rela memakai pakaian yang dibuat dari kertas dan plastik sedangkan anda mempunyai pilihan memakai pakaian dari kain yang cantik, selesa dan tahan lasak? Sekiranya anda memilih untuk memakai kain, mengapa tidak anak kesayangan anda? Berfikir dan bertindak bijaklah mulai sekarang dengan memilki lampin kain moden yang sangat mudah digunakan, selamat dan sangat menjimatkan.

    Terdapat banyak kebaikan menggunakan lampin kain, di antaranya ialah:

    1. Dari Segi Kesihatan Dan Pencemaran Alam Sekitar

    a) Lampin pakai buang mengandungi bahan kimia sintetik di dalamnya iaitu dioxin yang terhasil dari proses pelunturan kertas bagi mendapatkan kertas yang nampak putih dan bersih. Bahan ini merupakan toksin bersifat karsinogen yang boleh menyebabkan kanser.

    b) Lampin pakai buang juga mengandungi sodium polyacrylate yang berfungi menyerap cecair dan akan bertukar menjadi gel apabila basah. Ia boleh menyebabkan kulit bayi menjadi merah dan ruam. Dalam kes alahan kronik, ia boleh menyebabkan muntah-muntah, deman serta jangkitan kuman. Bahan ini tidak lagi digunakan dalam tampon wanita. Kajian perubatan mendapati kes ruam lampin meningkat selari dengan peningkatan pemakaian lampin pakai buang. Ini disebabkan oleh bakteria yang bertindakbalas dengan ammonia di dalam air kencing, alahan, kepanasan dan kekurangan pengudaraan akibat pemakaian lampin pakai buang yang terlalu lama.

    c) Lampin pakai buang juga mengandungi tributyl tin (TBT) iaitu bahan pencemaran alam yang sangat bertoksik. Ia boleh menganggu sistem hormon dan imunisasi badan. d) Lampin pakai buang juga dikaitkan dengan asma (lelah). Satu kajian yang dijalankan di Jerman pada tahun 2000 telah mendapati bahawa lampin pakai buang menaikkan suhu sekitar skrotum dan boleh menjadi punca rosaknya mekanisma penyejukan yang semulajadi. Ia boleh memberi kesan kepada kesuburan pada masa akan datang.

    d) Lampin pakai buang juga merosakkan dan mencemarkan alam sekitar. Lampin pakai buang menggunakan banyak bahan mentah bagi menghasilkannya, termasuk pokok yang menghasilkan kertas serta bahan kimia bagi menghasilkan plastik. Lebih dari 27 juta lampin pakai buang sampai ke tempat longgokan sampah di serata dunia. Sehelai lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput dengan sendirinya. Di rumah yang mempunyai anak kecil, lampin pakai buang menyumbang 50% dari keseluruhan sampah yang dikeluarkan dari rumah itu. Lampin pakai buang akan mencemarkan air dan menyebabkan penyakit apabila terkumpul dengan banyaknya di tempat longgokan sampah.

    2. Dari Segi Kos

    Penggunaan lampin pakai buang merupakan kos berterusan dan sangat mahal, lebih-lebih lagi bagi keluarga yang mempunyai lebih dari seorang anak kecil yang memakai lampin.

    (a)Penjimatan kos dengan menggunakan lampin kain dapat dilihat dalam perbandingan di bawah:

    Jika menggunakan lampin pakai buang: Anak anda menggunakan minimum 6 lampin pakai-buang sehari pada kos RM0.50 setiap satu. RM0.50 sekeping X 6=RM3.00 sehari RM3.00 X 365 hari=RM1095 setahun RM1095 X 3 tahun = RM3285 untuk seorang anak Anda perlu mengeluarkan jumlah wang yang sama untuk anak yang kedua, ketiga dan seterusnya……..( kalau 7 anak seperti saya???) Jika menggunakan lampin kain/cloth diaper (CD) Anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya 12 helai CD jika anda bekerja dan mencucinya setiap hari. (bagi surirumah sepenuh masa atau yang mempunyai pembantu rumah, bilangan minimum yang diperlukan adalah kurang dari 10 helai kerana boleh terus dibasuh apabila menggantikannya). Untuk keselesaan, anda boleh membeli lebih insert secara berasingan. Sehelai CD (termasuk insert) = RM45 Beli 12 helai: 12 X RM 45 =RM540 Beli 20 helai:(lebih banyak CD , lebih tahan lama kerana lambat lusuh) 20 X RM45 = RM900 sahaja !!! Kos lampin kain kekal . Anda boleh menggunakan lagi lampin yang sama jika anda menambah bilangan ahli keluarga.

    (b) Bayi akan cepat belajar membuang air di tandas.

    Bayi yang menggunakan lampin kain juga akan lebih cepat membezakan antara basah dan kering kerana walau pun bahagian dalam lampin kain (fleece) ini sentiasa kering dan selesa, masih ada kedinginan semulajadi berbanding lampin pakai buang. Menurut satu artikel di dalam Wall Street Journal, bayi yang memakai lampin pakai buang memakai lampin sehingga umur 36 hingga 42 bulan, sedangkan bayi yang memakai lampin kain masanya lebih singkat iaitu sehingga setahun lebih awal. Ini sangat menjimatkan kerana anak anda akan cepat belajar membuang air sendiri di tandas. (earlier potty training)

    3. Dari Segi Keselesaan dan Kecantikan

    Lampin kain zaman moden ini juga ternyata lebih cantik dipandang kerana ia datang dalam pelbagai rekaan, warna dan corak. Fitting dan cuttingnya juga lebih cantik dan kemas serta selesa dipakai berbanding lampin pakai buang. Cara pemakaiannya juga sangat mudah, sama seperti lampin pakai buang. Ia sangat mudah dibasuh dan mudah kering kerana ia di perbuat dari kain yang ringan, lembut, selesa dan mempunyai pengudaraan yang baik untuk kulit si kecil anda.

    (Sumber dari Blog Mum7kid.blogspot.com)

    Berapa yang perlu ada?

    Terpulang kepada anda. Sebagai permulaan, anda boleh cuba 1, 2 atau 3 dan boleh tambah sedikit demi sedikit. Jika anda mahu berCD  (sbg permulaan), anda perlu ada sekurang-kurangnya 8 CD (supaya sempat basuh untuk dipakai semula). Lebih baik ada 10-12 CD dan ada yg menyarankan 15 hingga 20 CD (lagi banyak yg anda ada, lagi panjang jangka hayat setiap CD)... dan anda juga boleh basuh 2-3 hari sekali!! Biasanya seorang bayi/ kanak-kanak memakai 5-7 keping CD dalam sehari (sama seperti lampin pakai buang yg sepatutnya perlu ditukar 3-4 jam sekali).

    Monday, April 5, 2010

    Penjagaan & cara membasuh CD


    Penjagaan dan Cara Membasuh CD

    bila dapat jer CD baru..kene pre-wash dulu..

    Basuh dahulu cloth diaper dan 'insert' sekurang-kurangnya 3 kali prewash sebelum pertama kali hendak digunakan.. dah basuh jemur dibawah panas matahari (cepat sket kering n boleh bunuh bacteria…)

    Caranya:-

    Sebelum basuh kene make sure kita dah keluarkan insert dari dalam poket CD. Basuh CD menggunakan sedikit saja sabun kira-kira 1/4 sukatan. lebih elok guna sabun kain jenis kurang buih, tidak mengandungi enzyme (contoh enzyme pewangi atau enzyme pemutih) kerana sesetengah bayi mempunyai kulit yang sangat sensitif. Peluntur dan pelembut pakaian tak payah guna yer.. nanti habis rosak CD tu nanti...

    Kes buang air kecik…
    Jika bayi pee-pee, bilas dan boleh terus dibasuh dengan tangan (berus tidak digalakkan terutama berus sabut) atau dimasukkan ke dalam mesin basuh seperti biasa. seelok-eloknya dimasukkan ke dalam laundry net supaya cloth diaper lebih tahan lama. seperti prewash juga, kurangkan sukatan sabun (1/4 daripada sukatan biasa).

    Kes buang air besar pulak..
    Jika bayi poo-poo pula, buang poo-poo ke dalam toilet bowl, pancut dengan air yang deras untuk tanggalkan sisa poo-poo, seterusnya ulang seperti langkah di atas.

    JANGAN masukkan 'softener' atau peluntur pakaian semasa membasuh kerana 'softener' boleh mengurangkan daya serapan dan peluntur boleh merosakkan cloth diaper/'insert'. anda boleh menggunakan cecair basuh pinggan (contohnya 'Sunlight') pada 'microfleece' untuk menanggalkan warna kekuningan (kesan poo-poo) sekiranya ada. andaikata cloth diaper tidak sempat dibasuh terus, tinggalkan saja di dalam baldi kering tanpa perlu direndam dan boleh dibasuh kemudian. simpan tidak boleh lebih dari 3 hari.

    bagi 'insert', sekiranya sudah lama digunakan dan nampak kekuningan, JANGAN gunakan clorox untuk memutihkanya.

    Petua nak memutihkan kembali ‘insert’
    Boleh diperahkan limau nipis pada 'insert' yang basah dan ditinggalkan seketika sebelum dibasuh. ataupun boleh dicampurkan sedikit soda bikabonat semasa membasuh kemudian dibilas dengan air yang dicampurkan dengan sedikit cuka tetapi JANGAN dibuat pada cloth diaper kerana cuka boleh merosakkan PUL (material sebelah luar cloth diaper) yang boleh mengakibatkan kebocoran. jangan risau, kekuningan ini juga boleh hilang apabila dijemur ditengah panas matahari atau pun setelah 'insert' dibasuh berulang kali. matahari adalah peluntur yang terbaik juga.

    Sebulan atau seminggu sekali (kalau rajin dan mempunyai masa lapang..kalau tak sebulan sekali pun ok..), lakukan 'stripping' iaitu dengan membersihkan bahagian dalam dan luar 'microfleece' dengan sabun basuh pinggan yang elok kuasa tanggal minyaknya contohnya 'Sunlight', kemudian dibilas bersih-bersih supaya 'microfleece' dapat berfungsi dengan baik. biasanya apabila cloth diaper sudah lama digunakan dan nampak seperti 'microfleece' kurang menyerap dan air kencing keluar mengikut tepi cloth diaper, maknanya 'stripping' perlu dilakukan untuk mengeluarkan kekotoran halus atau mendapan sabun yang mungkin terperangkap pada 'microfleece'.

    Peringatan penting ni…

    Insert memang kene letak kat dalam poket cloth diaper. ('insert' yang dibuat dari microfiber tidak boleh diletakkan secara terus menyentuh kulit bayi kerana kuasa serapannya yang kuat akan menyerap lembapan semulajadi kulit bayi). pastikan ianya ditolak kemas sampai ke bahagian depan. boleh digunakan sehingga 4-5 jam atau 4-5 kali basahan (sama seperti disposal diaper). bagi bayi yang 'heavy wetter', boleh dimasukkan dua 'inserts' ke dalam poket cloth diaper. apabila hendak menukar 'insert' harus tukar CD sekali walau pun 'microfleece' (bahagian dalam CD yang kena kulit bayi) ini sentiasa kering bagi mengelakkan bakteria dan ruam lampin.

    Sunday, April 4, 2010

    kenapa perlu bertukar ke CD?

    Khas untuk ibu@ayah yg baru tahu kewujudan cloth diaper @ kain lampin moden ni, mari saya terangkan serba ringkas tentang CD ni - lampin kain moden ni @ name glamer kita panggil CD (singkatan cloth diapers), pada yg belum pernah tgk bagaimana rupa bentuk CD ni... dan tak dapat gambarkan mcmana rupa CD ni, apa yg boleh saya katakan;

    "Cloth diaper/ lampin kain moden ni sama jer mcm 'pampers', cuma daripada kain (dgn material yg sgt bagus), boleh dibasuh dan dipakai semula berulang kali... Itu saja.... Tapi kebaikannya sgt banyak berbanding 'pampers'/ lampin pakai buang....." credit to kak long nuzula (http://happy-clothdiapering.blogspot.com)

    Ni la rupa bentuk cloth diaper.. yg dalam gambar ni brand coolababy (brand yg saya jual la..hehehe..)

     Macam mana lak nak pakai CD ni.. senang tak? senang jer.. refer gambar kat bawah ni..


    apa lagi sebab untuk saya beralih ke CD ni..

    jimat sangat ke.. meh kita tgk kira2 dibawah ni..

    tgk tu.. kalau pakai setahun jer pun kita dah ada sedikit penjimatan..inikan pula kalau bertahun2...
    so apa tunggu lagi.. jom la bertukar ke cloth diapers..